Monday, February 20, 2017

Cerita postage dan kelas.

Assalamualaikum :)

Bulan ni masuk 6 bulan dah lisa start berbisnes. Macam tak percaya je dah ada bisnes sendiri. Walaupun part-time je sekarang, tapi dah rasa seronok! InshaAllah future nanti kita buat full-time ok! Aamiin Aamiin :)

Harini terasa nak share kenangan berbisnes yang pada diri sendiri sangat patut disimpan sebagai memori kat sini :)
 First sekali, adalah tentang Shaklee tu sendiri. Sebelum ni tak tahu pun apabenda la Shaklee ni, yang aku tahu produk jela haha. Bila dah join bisnes, maka ilmu haruslah ditambah ye anak-anak. Masa ni, keinginan nak tahu tentang syarikat Shaklee tu sendiri dah ada sebab memang buat benda yang lisa sendiri pilih. So takkan nak complain kan hehe



2. Produk Shaklee. Set-Set Shaklee? HOW TO KNOW? T___T

Jawapannya ; Belajar sendiri.
It's good bila mentor buat macam ni, sebab lisa boleh tahu and letak usaha untuk belajar sendiri set-set yang ada dalam Shaklee. Tapi sebenarnya set-set Shaklee ni SANGAT MUDAH dan SENANG FAHAM untuk dipelajari. Satu produk je MULTIFUNCTION so bila dah belajar tentang satu produk, automatik pasal bab lain tu dah ter-belajar dengan sendirinya hehe!

Contohnya, baca pasal Vitamin C Shaklee boleh mencantikkan kulit. Then ada juga point, Vitamin C ni bagus untuk ibu hamil dan orang yang kerap demam. Haa so nampak tak double point kat situ? Then terus cepat-cepat catat dalam Set Hamil ada --> Vitamin C :)



3. Postage. Bab pos ni la yang syok. Sebab lisa tak tahu langsung pasal cara pos barang. Beberapa hari sebelum nak pos barang, lisa dah mula google PosLaju. 




Packing time ni paling seronok! hehe



Antara yang bermain di minda...persoalan...

Macam mana nak pos?
Kena timbang ke?
Balut dalam plastik apa?
Kalau terlebih berat pastu tak cukup duit macam mana? *ni mcm tak logik haha
Balut ESP tu mcm mana? Vitamins lain?

Banyaaaak lagii la persoalan. Mujurlah ada my mentor yang bersedia menjawab segala persoalan anaknya ini ;') Dengan itu, urusan pos tidaklah sesukar yang disangka. Benda baru kan, memang ambil masa nak faham. Bila dah lama-lama pos, rasa seronok. Walaupun penat, rasa seronok tu melebihi rasa penat tuu. Macamni la kan rasanya bila buat benda yang disukai :)



Bila ada hari yang pack dengan kelas, dan hari tu pulak kena pos barang..memang risau. 
Risau tak sempat nak drive pergi branch, nak pos barang dan yang paling risau sebenarnya adalah TAKUT TERTUKAR BARANG CUSTOMER! haha :D



Tapi Alhamdulillah, semua benda yang dirisaukan selama ni tak pernah terjadi. Semuanya berjalan dengan lancar Alhamdulillah :)
Dan sekarang, dah boleh manage semua dah. Malam sebelum nak pergi branch, lisa akan list siap-siap apa yang nak kena beli, apa yang nak kena bawak, kad mana nak pakai dan paling penting ID setiap sidelines yang kirim.




Kebetulan ada stok kat dalam bilik, so terus pos je :)


Masa beli stok ESP haritu. Masa ni ada dekat KL so senang sikit nak ke branch sebab branch KL lagi dekat compare to yang Penang punya :)


Pasal kerisauan nak pos barang tu kan, memang itu la yang menjadi worry factor no 1, sebab semuanya bergantung pada betul-ke-tak kita pos tu. Harap sangat barang janganlah ada yang tertukar ke apa ke, Alhamdulillah memang takde so far..




Jadi, pengajaran yang rasanya boleh diambil adalah - Jangan risau sangat pasal benda yang belum jadi :) Just go through it. And do your best, seboleh mungkin untuk elakkan daripada tertukar ke apa. InshaaAllah semuanya baik-baik je :)


Till then! Terima kasih baca :)


Assalamualaikum :)